Polperro di Bandar Sri Permaisuri

Assalamualaikum, ini merupakan post pertama yang admin buat. Post ini hanyalah untuk pemberitahuan umum kepada semua pelanggan yang kami sayangi mengenai proses pembukaan cawangan baru kami. Cawangan ini merupakan cawangan ke enam yang syarikat kami tubuhkan, yang pada asal perancangannya waktu pembukaan adalah pada bulan Mac 2020 tetapi berikutan Covid 19 pihak kami terpaksa menangguhkannya.

In syaa allah , setelah beberapa bulan Covid 19 beransur pulih, pihak kami meneruskan perancangan yan telah tertangguh tersebut. Diharap pelanggan akan terus menyokong kami untuk bertambah maju lagi pada masa akan datang. Setiap perkara yang belum berlaku semuanya dalam pengetahuan Allah SWT dan berdasarkan ketentuan-Nya.

Kita hanya mampu merancang, tetapi perancangan yang hakiki adalah di sisi Allah SWT. Kita selitkan sikit Firman Allah SWT

 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti. Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): InsyaAllah…” (Surah al-Kahfi, ayat 23-24)

 

kami berada di Kompleks Permaisuri

Restoran akan dibuka pada 9 Julai 2020 pada hari Khamis. Beralamat di R-G-01, Q Tower, Queensville, Jalan Sri Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri, 56000, Cheras, Kuala Lumpur​

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *