
Mengetahui lebih lanjut
Tentang kami
Restoran Polperro
Menyediakan makanan barat terbaik sejak 2012
Mewujudkan suasana mesra pelanggan dan layanan perkhidmatan yang cekap.

Polperro Steak House mempunyai matlamat jangka masa panjang yang ingin dicapai dalam masa 10 tahun akan datang. Kami juga merancang untuk melebarkan sayap ke lebih banyak negeri dan juga kawasan yang mempunyai potensi tinggi bagi mencapai matlamat yang ingin kami gapai.
Dengan membuat penambah baru kami juga ingin memperkenalkan produk sejuk beku keluaran Polperro Frozen Food kami supaya lebih dikenali serta disukai ramai.
Selain produk sejuk beku, kami ingin memperkenalkan promosi terbaru ” BE A CHEF” yang kami keluarkan dan juga info terbaru mengenai kami
Scroll bawah untuk video info terbaru





Mengenai produk kami
Pemilik Polperro Fish & Steak mempunyai kemahiran dan keunikan tersendiri untuk mengembangkan perniagaannya.
Beliau seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang perniagaan restoran dan mempunyai pengalaman yang luas. Dengan pengalaman selama lima (5) tahun dalam pembuatan makanan barat, pemilik restoran ini juga sentiasa memberikan pelbagai buah fikiran bagi menghasilkan keluaran secara kreatif dan inovatif.
Free WiFi untuk semua
boleh tanya staff untuk pasword
Visi Perniagaan
Menjadikan Restoran Polperro Steak House sebagai pilihan utama bagi pelanggan tetap dan juga baru. Tidak kira dari segi layanan dan juga kualiti makanan.
Misi Perniagaan
Memastikan pengeluaran produk mengikut sop yang disediakan, ini adalah bagi memastikan kualiti makanan kami terjamin. Selain itu, memberikan latihan yang secukupnya kepada pekerja supaya dapat memberi layanan yang baik kepada pelanggan.
Pemilik restoran
EL AZIIZIE BIN MASKAM
Restoran Polperro Steak House adalah sebuah perniagaan restoran yang diusahakan oleh seorang anak muda yang berpengalaman berkecimpung dalam sektor industri makanan sejak lima tahun yang lalu. Perniagaan ini telah mula beroperasi pada 15 Jun 2012
Kerjaya
Ingin menjadi sebahagian daripada kami?
Matlamat kami adalah untuk membina restoran bercita rasakan barat sebagai pilihan makanan yang digemari di kalangan masyarakat Malaysia. Di sini anda akan bekerja bersama-sama beberapa minda yang paling berpengalaman dan cemerlang dalam industri dalam persekitaran yang pantas dan mencabar.



Jom makan!

Terima kasih kerana sudi datang dan terus menyokong pihak kami. Untuk meningkatkan lagi kualiti makanan dan mutu kerja kami. Bolehlah memberi pandangan kepada pihak POLPERRO GROUP untuk kami memperbaiki kekurangan restoran dan perkhidmatan kami.